pelbagai resepi dari pelbagai negara

Resepi Rendang Padang Ikan Kembung,Prosesnya Sama Dengan Terung

 Resepi Rendang Padang Ikan Kembung,Prosesnya Sama Dengan Terung

Resepi yang sangat bagus untuk dicuba


Mari kita lihat apa bahan yang diperlukan

Bahan

Ikan..apa jenis pon boleh

Bersihkan..di lumur kunyit dan garam

Di goreng macam biasa..

 Bahan kisar

20 biji cili padi..anggaran..nak lebih pedas bole tambah..*

Cili hijau 5 biji*

Cili merah 3 biji*

Bawang Besar 2 biji*

Semua yg di tanda* ditumbuk kasar guna lesung

Kalau nak blender..boleh juga

Tapi yg sedap..memang kene tumbuk

Asam keping 2/3

Garam gula,perasa secukupnya..

Minyak utk.menumis( kene lebih)

Boleh guna bekas minyak goreng ikan tu juga

Cara...

Bila semua bahan dah siap tumbuk

Panaskan minyak..tumis bahan kisar..sehingga pecah minyak..masukkan asam keping

Gula garam,perasa..masak hingga sebati

Agak nak kering sedikit..masukkan ikan yg telah di goreng...sesuaikan rasanya..

Agak dah sebati..kuah dah sedap mata memandang

Bole tutup api..dan hidang kan bersama nasi panas

Selamat mencuba..resepi yg sgt ringkas,cpt,dan mudah

#boleh juga guna dalam masakan terung

Proses nya sama je

Sumber...Fatimah Ali...

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari