pelbagai resepi dari pelbagai negara

Resepi Daging Kaprau Semestinya Mudah Dan Lazat

 Resepi Daging Kaprau Semestinya Mudah Dan Lazat

Dah lama rasanya saya tak makan lauk berasaskan daging.Hari ini saya nak masak daging kaprau.Nak lihat resepinya?

Jom

Bahan-bahannya:

Daging yg telah diperap dgn Pes Tomyam Adabi selama setengah jam

Bwg besar yg dipotong 8 (asingkan separuh-separuh)

Cili api yang ditumbuk

Sesudu sos cili thai dan sesudu kicap manis

Daun limau purut (dihiris kasar)

Sedikit gula

Cara-cara membuatnya:

1. Tumis separuh bahagian bawang besar dan cili api sehingga garing.

2. Kemudian, masukkan daging yang telah diperap, masakkan sampai daging kecut dan air daging pun dah kering

3. Lepas tu, masukkan sos cili thai, kicap manis dan daun limau purut, kacau rata

4. Masukkan sedikit gula.... Dah siap

sumber:resepi pembuka selera

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari