pelbagai resepi dari pelbagai negara

RESEPI NASI DAGING BERSAMA AIR ASAM KERISIK.WAJIB CUBA

 RESEPI NASI  DAGING BERSAMA AIR ASAM KERISIK.WAJIB CUBA

RESEPI NASI  DAGING BERSAMA AIR ASAM KERISIK.WAJIB CUBA

Cara saya

Bahan-Bahan:

1/2 kilo daging - dipotong kecil

1/2 kilo beras basmathi – bersih dan toskan

3 sudu butter

2 sudu minyak masak

1 paket rempah sup

1 ketul kiub daging lembu knorr

1 uncang sup bunjut

garam Dan perasa tambahan(ajinomoto)


Bahan tumis-

4 sekawan – kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga  (rempah menumis)

2 helai daun pandan(di simpul)

1 batang serai – diketuk

1 biji bawang besar – dihiris*

3 ulas di bawang putih – di hiris*

1 inci halia – di hiris*

Air secukupnya- ikut sukatan beras

.

Cara-Cara-

Sediakan periuk,masukkan butter Dan sikit minyak. tumis 4 sekawan,  daun pandan dan halia,serai.masukkan semua bhn yg dihiris*

Masukkan rempah sup yg telah dibancuh dgn sedikit air,kacau biar wangi dan garing.masukkan daging,serta air yang telah disukat dengan sukatan beras.setelah air mendidih, masukkan kiub daging dan garam secukupnya.(suaikan rasa)

Masukkan beras dan masak guna rice cooker untuk nasi masak sekata.. 

Bila nasi dh masak,gembur2 kan nasi guna garfu.boleh ambil daging yg ada dalam nasi untuk dicicah bersama air asam.atau biarkan saja dlm nasi tu. tabur bawang goreng Dan daun sup.sedia utk di nikmati.

Note-Daging  beli daging yg lembut@ batang pinang.boleh terus masak.

Kalau daging biasa, rebus dulu berasingan dan air rebusan daging tu guna utk masak nasi daging.

.

AIR ASAM KERISIK

BAHAN KISAR

2 biji cili merah besar 

10 biji cili api

1 biji tomato

1 inci belacan yg di bakar

air asam jawa secukupnya

1 paket kecil kerisik

5 sudu sos lemon (yakin)

3 sudu sos plum

gula & garam

.

BAHAN untuk dihiris

1 biji Tomato

1 biji Bawang besar

5 biji Cili PADI merah/hijau

masukkan bhn KISAR ke dalam mangkuk

Campurkan bahan HIRIS.gaulkan..suaikan rasa.

Siap utk di makan bersama nasi daging.

Airtangan dan gambar : Eniza M. Salim

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari