pelbagai resepi dari pelbagai negara

Kuih Tart Nangka...Resepi Original Dari Terengganu

Kuih Tart Nangka...Resepi Original Dari Terengganu

Ada yang bertanyakan berkenaan resepi kuih tart Nangka ni..jadi saya kongsikan bersama dan kepada yang ingin mencuba,.

Selamat Mencuba..

*KUIH TART NANGKA*
*BAHAN-BAHAN:*
250gm tepung gandum135gm marjerin sejuk180ml air berais1/2 sudu teh garamJem nangka secukupnyaKuning telur secukupnya

*CARA MEMASAK:*
1. Ramas marjerin di dalam tepung gandum sehingga menjadi seakan serbuk roti.
2. Tambah air berais sedikit demi sedikit dan uli tepung sehingga menjadi doh. Simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.
3. Ambil sedikit doh dan terapkan ke dalam acuan tat yang telah disapu dengan sedikit marjerin.
4. Sudukan sedikit jem dan tutup permukaan tat dengan lebihan doh yang diterap mengikut kreativiti anda. Sapukan sedikit kuning telur di permukaan tat.
5. Bakar pada suhu 190C selama 40-45 minit atau sehingga masak.

1 comment:

  1. Sejak bila tat nangka terengganu di buat dgn marjerin? 🤔 Ia di buat dgn buih telur.. 🙄

    ReplyDelete

@hayatishaari