pelbagai resepi dari pelbagai negara

Kuih 'Kek ang' RESEPI KUIH TRADISI TERENGGANU

 Kuih 'Kek ang' RESEPI KUIH TRADISI TERENGGANU




Kuih 'Kek ang' diperbuat daripada adunan tepung gandum dan dipotong keping seperti  laksam.


Kepingan telah dimasukkan ke dalam air mendidih, apabila  terapung, ia dianggap masak.


Untuk kuah, bahan-bahan adalah santan, isi ikan panggang , bawang, halia, halba, garam, gula dan lada hitam.

Mari lihat bahan2 yang diperlukan untuk membuat kuih ini.


KUIH KE ANG


Bahan Kuahnya

1/2 tin santan pekat

1 ekor ikan kembung ]panggang, ambil isi dan tumbuk.

1 - 1 1/2 s/b halba

2 ulas bwg merah ]*

1 inci halia }*mayam halus

sedikit belacan/kiub bilis


Caranya

Masuk semua bahan dalam kuali/periuk. Guna api sederhana. Kacau sehingga mendidih. Tutup api. Ketepikan.


Bahan Kek Ang


150 gm gandum

air utk menguli

sdkt garam


Caranya

1.Panaskan air utk rebus kek ang nanti.

2.Uli gandum sehingga menjadi doh. Canai nipis2 dan potong bentuk 4 segi.

3.Masuk dalam air yg mendidih, bila timbul angkat dan toskan.


Cara hidang

1.Campurkan kek ang dalam kuahnya dan panaskan seketika, gaul sebati.

2.Bila dah hampir mendidih, padam api. Siap.

sumber:Masakan Terengganu

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari