pelbagai resepi dari pelbagai negara

Permintaan Ramai.Ini Resepinya Mee Rojok Ayam Terengganu

 Permintaan Ramai.Ini Resepinya  Mee Rojok Ayam Terengganu Lebih dikenali dengan panggilan rojok keling di Pantai Timur.



Tadi nampok ada org mintok resepi rojok keling / mee rojok ayam.. Nie resepi ambe wak... 

Resepi mee rojak ayam

resepi cucur rangup

1cwn tepung gandum

3 sudu besar tepung beras

sedikit gula

garam

1 sudu kecil yis

1 sudu kecil baking powder

air secukupnya

Sedikit Serbuk kunyit

Nak letal sayur boleh juga kucai Dan taugeh tp saya xda stok.. 

cara2

masukkan semua dalam satu bekas...air tu agak2 la ye..adunan jangan cair sangat Dan  jangan pekat sangat..dan...biarkan adunan selama sejam dlm bekas tertutup n boleh goreng dlm minyak yang panas...goreng besar2 ye.. Nanti dah masak gunting kecik2 cucur tersebut... 

Bahan-bahan :

mee kuning ( celur sekejap) 

telur rebus ( telur tu sy kupas kulit Dan goreng ) 

1/2 ekor ayam ( ayam tu potong 2 gaul garam kunyit Dan goreng nti dah msk potong kecik) 

cili potong ( cili besar hijau Dan merah) 

cucur rangup ( potong kecik) 

sengkuang ( potong panjang2 )

salad ( hiris) 

timun batang ( potong panjang ) 

kuah rojak

resepi kuah rojak 

3 biji bawang besar (sederhana saiznya)

3 ulas bawang putih

1/2 inci halia

1 senduk cili kering kisar

2 cawan kacang tanah di sangai sehingga masak,   kemudian dibuang kulit dan ditumbuk/kisar jgn terlalu hancur dan jgn terlalu kasar ye

1/2 keping nisang yg besar tu @ 1/2 ketul gula melaka

garam dan gula

Perasa pilihan

2 sudu udang kering ( rendam dgn air sekejap) 

air secukupnya

sedikit air asam jawa


cara-cara buat kuah rojak

1. Sangai kacang tanah hingga masak. Kemudian buang kulitnya ( tumbuk atau kisar jgn lumat ye) 

2. Kisar bawang besar,bawang putih, halia dan udang kering

3. Tumis bahan kisar dan cili kisar dlm minyak panas. sehingga ia pecah minyak,  masa menumis ni masukkan nisang @ gula melaka,  baru warna dia cantik merah je, 

dan masukkan air sedikit dahulu,  kemudian baru masukkan kacang tanah yang

ditumbuk kalau pekat boleh tambah air

lagi ye..kuah rojak tidak terlalu pekat ye ia agak cair sedikit dr kuah sate.

4. Akhir sekali perisakan dengan garam,  gula Dan serbuk perasa.. Serta masukkan sedikit air asam jawa.. 

Sedia untuk dimakan.. 

Selamat mencuba...

sumber:

Nor Khomariah Norrohmad

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari