pelbagai resepi dari pelbagai negara

Puasa Dah Dekat!!Kenali Daun Cincau Dan Cara Membuatnya

Jenis-Jenis Daun Cincau & Cara Buat Cincau Secara Homemade.:


Selama ni, ingatkan cincau ni dihasilkan dari agar-agar.Tak tahu pulak la kan?

 Rupanya herba yang mampu menyejukkan badan ni dihasilkan dari pokok cincau. 

Pokok cincau ni pula, ada dua jenis iaitu pokok cincau hitam dan pokok cincau hijau. Bagi sesiapa yang nak tanam, bolehlah cari di nurseri-nurseri. 



Pokok Cincau Hitam

Kredit: Hayasrie Sukri Sukri


Kredit: Wikimedia




Daun Cincau Hijau


Kredit: Lavendarungu Nanie


Kredit: Wikipedia


CARA-CARA HASILKAN CINCAU HIJAU 




BAHAN-BAHAN:

  • 1 liter air mineral
  • 9 helai daun cincau hijau – dibuang tulang tengah daun


CARA MEMASAK:

1. Satukan air dan daun cincau. Kisar hingga halus. Boleh juga diramas hingga hancur.

2. Tapis air kisaran daun cincau dan masukkan ke dalam bekas bersesuaian untuk dibekukan.



3. Simpan dalam peti sejuk dan nikmati ikut citarasa anda.











Kredit resipi & foto: Lavendarungu Nanie



Jika tiada pokok cincau, herba ini boleh dibeli di kedai-kedai ubat cina. Hanya menggunakan  tiga bahan asas, anda mampu hasilkan sendiri di rumah. Mudah je! 

Bagi yang ingin cuba buat cincau secara homemade, boleh cuba resipi di bawah ini. Selamat mencuba!



CARA-CARA BUAT CINCAU HITAM HOMEMADE ( GUNA DAUN CINCAU KERING)


BAHAN-BAHAN:

  • Daun cincau kering ( boleh didapati di kedai-kedai ubat cina. Beli anggaran RM5)
  • 1500ml air
  • 4 sudu makan tepung ubi kayu ( bancuh dengan sedikit air)


CARA MEMASAK:

  1. Rendam daun cincau dengan 1500 ml air dalam periuk selama 30 minit. Daun cincau boleh beli dari kedai ubat cina (rm5) .



2. Rebus daun cincau selama 40 minit lepas tu tapis untuk asingkan daun.




3. Bancuh 4 sudu besar tepung ubi kayu dengan sedikit air biasa dan masukkan dalam periuk. Kacau selama 15 minit. Angkat dan biarkan seketika.

4. Tuang adunan ke dalam bekas. Bila sejuk, masukkan dalam peti sejuk.

5. Sedia untuk dinikmati,apatah lagi bulan puasa hampir tiba.
Mesti tak sabar nak buat sendiri kan?



Kredit resipi & gambar: Roszila Ahmad
 
\

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari