pelbagai resepi dari pelbagai negara

Boleh Juga Cuba Ayam Goreng Sos Plum

Boleh Juga Cuba Ayam Goreng Sos Plum 



Bahan: 
dada ayam - dipotong kecil 
sedikit lada putih, 
garam dan tepung jagung
3 biji kentang - potong dan goreng kejap

Bahan A :
5 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
3 biji cili merah - dikisar

Bahan B: 


3 sudu besar sos plum - guna brand life
2 sudu besar sos cili thai
1 sudu besar sos tiram
garam dan gula secukup rasa
sedikit kiub ayam

Cara memasak : Gaulkan dada ayam bersama serbuk lada putih dan garam kemudian salutkan dengan tepung jagung dan goreng sekejap. 


Tak payah terlalu garing. Panaskan minyak dan tumis bahan2 A hingga wangi dan sedikit garing. Masukkan bahan B dan goreng lagi hingga pecah minyak. Masukkan sedikit air ( agak2 yerk nak kuah banyak mana ), garam dan gula secukup rasa dan sedikit kiub ayam, sebatikan dan masukkan ayam dan kentang yang digoreng tadi, sebatikan dan biarkan sebentar. 

Masukkan hirisan daun bawang, kacau kejap dan terus angkat.

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari