pelbagai resepi dari pelbagai negara

Pizza Homemade Tanpa Kuali

Jom kita buat pizza kuali..saya  tak ada oven jadi guna ja apa yang ada..



Pizza kuali..
Masak atas api,tak perlu oven..

Resepi untuk 2 biji pizza

Tepung gandum 2cawan
Air suam 1/2 cawan
Mauripan 1sudu kecil
Minyak masak 2 sudu
Gula 1 sudu
Secubit garam

Masukkan tepung,minyak dan garam..yis dibancuh dengan air suam brsama gula..setelah naik buih sikit masukkan bersama tepung tadi..Uli tepung sekurang2nya 5 minit, bila dah x melekat kat tangan,tutup dgn tuala,rehatkan setengah jam.

Bahan topping

Sos pasta tradisional-jenama bebas.
Sos cili
Bawang putih(cincang halus)
Bawang besar(didadu)
Garam dan lada hitam
Isi ayam/daging ramly
Boleh letak macam2 topping,
Hot dog/lada benggala/cendawan butang/nanas/tomato/seafood
Cheddar n mozarella cheese

Tumis bawang putih,bawang besar..bila dah wangi..masukkan sos pasta dan sos cili..masak sekejap dan perasakan garam dan lada hitam-ketepikan.

Step by step

Selepas setengah jam,doh tadi dah naik 2x ganda. Tumbuk2 doh tu biar angin dia keluar.

Bahagi doh pada 2 bahagian.Bentukkan doh,bila dah elok bulat dan leper,letak atas kuali. Isikan bahan2 toping tadi ikut kesukaan anda..

Masak api kecik je. 10-15 minit ikut ketebalan pizza yg anda buat. Tutup dgn tudung periuk.

Cheese tu ambil masa 3-4mnit utk cair ye..

Resepi doh ni blh buat donut,roti puri dan pau..

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari