pelbagai resepi dari pelbagai negara

Lasagna Mewah Daging..Nyummy..nyummy

Lasagna Mewah Daging..Nyummy..nyummy
Lasagna resepi ikhlas dari ly

Bahan sos daging:

Butter/planta
3 biji Bawang besar-potong dadu
3 biji tomato masak ranum-potong dadu
200g Daging kisar Ramly/daging kisar segar
Cendawan segar secukupnya(button mushroom)-dihiris
I tin prego (tin hijau(mushroom)/(tradisi)
Serbuk lada putih
Serbuk lada hitam
Italian herbs
Sedikit garam
Sedikit air

Cara:
Panaskan butter,kemudian masukkan bawang besar dan tomato..masak hingga layu..kemudian masukkan sos prego,daging kisar...renih seketika hingga masak...
Masukkan cendawan dan semua bhn lain
Renihkan hingga kuah memekat...
Ketepikan
Bahan sos keju:

2 keping cheddar cheese
2 sudu makan mozarella cheese
Sesudu planta
Bancuhan tepung gandum(3sudu makan tepung gandum+air secukupnya)
Air secukupnya
Serbuk pati ayam
Sedikit garam
Serbuk lada putih
Meatball Armiya(saiz sederhana dipotong dua)
Cara:
Panaskan pan..masukkan planta
Masukkan bancuhan tepung
Masukkan serbuk pati ayam,serbuk lada putih..kacau rata
Masukkan semua jenis cheese..kacau hingga cair..
Masukkan meatball
Renihkan hgga meatball masak dan kuah memekat..
Ketepikan
Bahan melapis:
Lasagna San Remo(x perlu celur/rebus)
Cara melapis:

Sediakan aluminium atau boleh alas loyang 4 segi dgn aluminium foil
Mulakan sapu rata sos daging
Kemudian sapu sos keju..dan susun pula kepingan lasagna...ulang kembali
Diakhiri sos keju dan meatball yg disusun atas sekali..kemudian..parutkan keju mozarella,taburkan italian herbs..
Renjiskan sedikit minyak zaitun atau boleh juga guna minyak masak
Bakar pada suhu 180'c selama 35- 40minit
Tips:
Sos daging mahupun sos keju..jgn masak terlalu pekat kering ya...sbb kuahnya akn melembutkan lasagna..
Kredit Resepi : lily falyna

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari