pelbagai resepi dari pelbagai negara

RESEPI TELUR LEMAK CENDAWAN,SEDAP RUPANYA

 RESEPI TELUR LEMAK CENDAWAN,SEDAP RUPANYA



Selama ni tak pernah terpikir pun nak masak lemak telur dengan cendawan.Bila dah masak sedap rupanya


Bahan-bahan 1:

√ 3 ulas bawang putih*

√ 5 ulas bawang merah dipotong*

√ 1-2 inci lengkuas dihiris*

√ 1-2 inci kunyit hidup*

√ 1 biji tomato dipotong 4

√ 2 cili besar hijau*

√ 1 cili besar merah* (atau cili padi jika nak tambah pedas)

Bahan-bahan 2:

√ Telur ayam/itik 

√ Cendawan atau sayur pilihan

√ 1 sudu besar cili kisar*

√ 1 sudu kecil serbuk kari Babas* (optional) 

√ 1 asam keping*

√\200 ml 1 kotak santan Kara*

√ Air 2 kotak ikut kotak santan*

√ Garam secukupnya

√ Gula secukupnya

Cara-caranya:

1. Kisar bahan bertanda * hingga agak hampir lumat dan ketepikan.

2. Siapkan kuali dan hidupkan api.

3. Seterusnya, masukkan semua bahan * 1 yang telah dikisar di atas, bahan * 2 ke dalam kuali, kecuali telur dan cendawan.

4.bKacau campuran hingga kuah nampak menggelegak. 

5. Masukan cendawan dan tomato. Teruskan kacau.

6. Rasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kecilkan api.

7. Kemudian pecahkan telur satu persatu ke dalam kuah. 

8. Biarkan kuah menggelegak perlahan ketika ini dan pastikan santan tidak pecah.

9. Kacau kuah di bahagian tepi dan elakkan telur menjadi pecah. Siramkan kuah ke atas telur supaya telur masak dengan keinginan anda.

10. Matikan api dan hidangkan 'Telur Lemak Cendawan' ini dengan nasi panas.

SELAMAT MENCUBA!!

sumber:resepi pembuka selera

2 comments:

  1. Hey, this is a great post, so clear and easy to understand. All your hard work is much appreciated.
    property management malaysia

    ReplyDelete
  2. resepi telur lemak cendawan ni boleh guna kalau pakai pressure cooker ke?

    ReplyDelete

@hayatishaari