pelbagai resepi dari pelbagai negara

RESEPI ROTI JALA PISANG BERSOS COKLAT.

RESEPI ROTI JALA PISANG BERSOS COKLAT.
Bahan Bahan ;



Untuk kuih jala :
150gr tepung gandum
20gr gula halus
15gr serbuk koko
1/8 sdt serbuk kayu manis ( Optional)
1/4 sdt garam
1 buji telur
250ml santan/ susu uht
1 sdt pasta coklat
1 sdm butter, lelehkan.

Bahan isian :
Pisang raja ( goreng dengan marjerin hingga layu)

CARA :
1. Campur semua bahan kulit kecuali butter cair. Gaul rata menggunakan mixer atau blender pun boleh. Terakhir masukkan butter cair tadi dan kacau rata.

2. Tapiskan adunan. Masukkan ke dalam botol kicap ( hujung lubangnya kecil). Panaskan kuali non stick rata diameter 20cm

3. Picitkan adunan bentuk jaring di atas kuali. Bila dah masak angkat. Buat hingga adunan habis.

4. Ambil 1 keping roti jala, kemudian letakkan pisang di tengahnya dan gulungkan. Buat hingga habis semua kepingan roti jala.

5. Sajikan roti jala dengan sosnya.
-------------------
Bahan sos coklat :
200ml susu cair
1/8 sdt garam
30gr gula pasir
15gr serbuk koko
70gr dark choc compound( potong2 kecil)
1 sdt tepung jagung + 2 sdt air untuk larutkan tepung.

CARA BUAT SOS COKLAT :
1. Masak dalam kuali susu cair, garam, gula pasir serbuk koko hingga mendidih. Kemudian masukkan potongan dark choc tadi. Gaul hingga rata. Masukkan tepung jagung dan gaul rata.

Selamat mencuba! 

Kredit: apa kau rasa

1 comment:

@hayatishaari