pelbagai resepi dari pelbagai negara

Resepi Lazat Coney Sosej ala A&W.Ikuti Caranya Step By Step

Resepi Lazat Coney Sosej ala A&W.Ikuti Caranya Step By Step
Coney sosej ala A&W atau bahasa Melayunya, roti sosej bersalut sos daging cincang. Teringin nak makan A&W tapi rasanya boleh buat sendiri je kat rumah.


Jimat masa dan boleh dibuat banyak untuk minum petang.

Resepi:

1. Sediakan bahan untuk sos;
 3 ulas bawang putih, 1 biji bawang holland, 1 biji lobak merah, dan sepaket daging lembu kisar. Cincang halus dan tumis bersama minyak panas.


 Gaul rata masakan dan masukkan rempah; 2 sudu besar cili kering kisar, 4 s/b sos tomato, 2 sudu kecil serbuk jintan putih, 2 s/k serbuk kari pedas, 2 s/k serbuk cili, 1 s/k serbuk lada hitam, garam secukup rasa dan air secawan.

*Rasa utama sos ni adalah jintan putih.

 Kacau sehingga masak. Pastikan sos tidak terlalu cair tidak terlalu kering. Dibiarkan sos seketika.

2. 1 biji bawang holland dipotong dadu dan rendam di dalam air sejuk bersama secubit garam. Kemudian buang air tersebut.

3. Sosej dikukus selama 5 minit, manakala roti dikukus selama 1 minit.



4. Masukkan sosej ke dalam roti, kemudian tuangkan sos daging cincang, dan akhir sekali taburkan bawang holland.

5. Sedia dihidang. Jangan lupa air Sarsi sejuk untuk diminum bersama.

Selamat mencuba.
Zurina Zulkefli, Melaka.

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari