pelbagai resepi dari pelbagai negara

RESEPI YANG MENYELERAKAN....MEE UDANG BERKUAH PEKAT



RESEPI YANG MENYELERAKAN....MEE UDANG BERKUAH PEKAT
=====================

Udang secukupnya
Kepala udang direbus untuk dijadikan stok
Sebiji kentang
Sebiji keledek sederhana besar
Garam
Gula
Mee kuning secukupnya



Bahan kisar
-------------------
Segenggam cili kering
3 ulas bawang putih
2 inci halia
7 biji bawang merah
1 sudu besar pes tomyam
2 peket udang kering
Bahan hiasan
----------------------
Daun bawang
Bawang goreng
Cili merah dan hijau
Telur rebus
Limau nipis/kasturi

Cara2
----------
1. Rebus kepala udang. Dapatkan 1 mangkuk sederhana stok udang, ketepikan.
2. Rebus kentang dan keledek, kisar halus ketepikan.
3. Kisar semua bahan kisar, tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan stok udang. Masak lagi sehingga mendidih.
5. Masukkan garam dan gula secukupnya.
6. Masukkan keledek dan kentang yang sudah dikisar tadi.
7. Tambah air jika perlu. Bila dah mendidih baru masukkan udang. Biarkan mendidih dan matikan api.

Cara menyediakan
-----------------------------
1. Letakkkan mee yg sudah dicelur ke dalam mangkuk.
2. Tuangkan kuah.
3. Hiaskan dengan bahan hiasan.

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari