pelbagai resepi dari pelbagai negara

RESEPI SEDAP PUDING BUIH BERKUAH

RESEPI SEDAP PUDING BUIH BERKUAH
Puding

1 bungkus agar-agar tali (30gm)
6 gelas air
1/4 cawan gula
5 biji putih telur
2 biji merah telur
1 sudu vanilla
pewarna
Caranya:
Masukkan air ke dalam periuk bersama agar-agar dan masak sehingga mendidih (sejukkan)Dalam bekas lain, masukkan putih telur dan putar dalam kelajuan paling maksimum sehingga menjadi kembang dan meringue.
Kemudian masukkan kuning telur satu per satu sambil pukul sehingga gebu.Masukkan gula, vanilla dan pukul lagi.
Akhir sekali, masukkan agar-agar tadi yang sudah sedikit sejuk ke dalam mixer perlahan-lahan.
Pukul lagi sehingga adunan sebati (perhatikan bahagian bawah supaya adunan tidak ada separate antara buih dan agar)
Masukkan pewarna dan tuang agar dalam bekas
Sejukkan puding di dalam peti ais
p/s: Sangat penting untuk agar-agar sejuk sedikit dahulu kerana agar-agar yg panas akan merosakkan buih dan buih akan hilang dan puding akan jadi 2 bahagian, bawah agar dan atas buih.
Kuah Custard
1 tin susu sejat
1 tin air (guna tin susu sejat)
1 sudu besar custard
3 biji merah telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh vanilla
Caranya:
Larutkan custard didalam air terlebih dahuluMasukkan kesemua bahan di dalam periukKacau sehingga mendidih dan naik bau.
p/s: pastikan jangan tinggal custard tanpa mengacau sebab custard mudah hangit di bahagian bawah kalau dibiarkan. Selepas mendidih, kacau dahulu sedikit untuk sejukkan kemudian baru boleh dibiarkan. Sejukkan dalam peti ais kerana puding ni sedap makan waktu sejuk
Kredit Resepi : imah rahman

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari