pelbagai resepi dari pelbagai negara

MAK JAH DARI KEDAH AJAR BUAT LAKSA LEMAK

MAK JAH DARI KEDAH AJAR BUAT LAKSA LEMAK

BAHAN-BAHAN


1 tin sardin - dibuang sos sardin & cuci bersih kemudian blend hancur. (Boleh guna ikan jugak)
1-2 biji bawang besar di blend
2-3 SB serbuk kari ikan
1 ketol lengkuas besar ibu jari
1-2 batang serai dititik
5-6 tangkai daun kesum
4-5 keping asam keping
1 cawan santan pekat (kalau kurang tambah lagi)
Air
Garam gula

CARA-CARA :

1. Panaskan minyak & tumis bawang blend, serbuk kari ikan & masukkan sekali serai, lengkuas. Masak sampai pecah minyak.

2. Bila bahan tumis dan rempah dah masak elok. Masukkan sardin gaul sebati kemudian masukkan santan, asam keping & tambah sedikit air.

3. Last masukkan garam, gula secukup rasa & daun kesum. Daun kesum dah layu boleh tutup api. Siap!

Jangan lupa rebus laksa ye

Ulam-ulam boleh la letak timun, bawang, selom, cili padi hiris-hiris nipis gitew.

Selamat mencoba!

kredit: liyana hassan

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari