pelbagai resepi dari pelbagai negara

SEKAYA TELUR PANTAI TIMUR

Kuih favourite orang pantai timur...bulan² biasa susah nak dapat kecuali bulan puasa ...sekaya telur...
SEKAYA TELUR PANTAI TIMUR

10 biji telur gred b/c
1 kerek Nisang​/1ketul gula melaka
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan santan pekat
Secubit garam
Sedikit esen vanilla

Cara-caranya:
- Campurkan santan dengan gula dan nisan sehingga larut(potong nisang kecik2 n blend).
- Masukkan telur, kacau sampai sebati(jgn dipukul ya,kacau slow2 je sampai sebati) dan jangan lupa masukkan secubit garam dan esen vanilla.
- Tapis dan masukkan ke dalam loyang.
- Kukus lebih kurang 25 ke 30 minit atau sehingga masak(cucuk lidi,kalau tak melekat)
- Simpan seketika di dalam peti ais kerana sedap di makan ketika sejuk...
*Salah satu cara lagi...panaskan gula, nisang, sedikit air dan 2 helai daun pandan..yang ni tak perlu guna esen vanilla..
- tunggu sehingga sejuk baru masukkan santan,secubit garam dan telur..kacau slow² sahaja...tapis dan kukus...
Kredit Resepi : imah rahman

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari