pelbagai resepi dari pelbagai negara

PULUT SERUNDING UDANG,DARI DULU TAK PERNAH TAK SEDAP

PULUT  SERUNDING UDANG,DARI DULU TAK PERNAH TAK SEDAP




BAHAN-bahannya.. 


Untuk PULUT:
● 250 gram @ 1 1/2 cwn pulut
● 150 ml santan pekat
● 150 ml air
● 1 sudu kecil garam

Untuk SERUNDING : 

■ 1 cwn kelapa parut
■ 2 sudu cili blend - ikut selera bole kurang dan tambah ikut kepedasan masing2
■ 2 ulas bawang merah
■ 1 ulas bawang putih
■ 1-2 sudu udang kering yg putih tu
■ 1 batang serai
■ sehelai daun kunyit d hiris halus
■ Garam gula dan perasa secukupnya
■ 1 sudu kecil minyak untuk goreng serunding

Cara2 :
~ Pulut Kukus ikut cara macam kukus pulut seri muka...
~ Sementara nak tunggu pulut tu masak boleh masak serunding.

~ Blend serai, udang kering, bawang merah dan bawang putih guna blend kering.
~ Dah halus campur dalam kelapa, ~ masukkan cili blend, garam gula dan perasa. ~ Gaul hingga mesra.

~ Goreng bahan kelapa yg dah digaul mesra dengan bahan yg telah diblender dengan minyak yg sedikit tu untuk serunding tidak melekat sgt kat kuali..
~ kira mcm goreng ala2 sangai la..macam nak buat kerisik tu.

~ last taburkan daun kunyit.
~ Goreng hingga kelapa tu masak tapi jangan terlalu garing...still nampak lembab.
••• Bila pulut dah masak..

••• biarkan sejuk seketika, ••• dah suam2 kuku bole la kepal2 dan bentukkan ikut citarasa anda.
••• Dah siap buat bentuk bole la golek2 kan atas serunding tu..
Siap..

sedia untuk di hidang dan di makan.... Mencuba resepi KAWANkawanFB.. 

Credit : Cik Ina

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari