pelbagai resepi dari pelbagai negara

Kuih Lepat Sagu Tanpa Kukus

Resepi Kuih Lepat Sagu Tak Perlu Dikukus.
Sedap Tapi Mudah.. Jom Try buat 

Kuih lepat secara asasnya tepung putih yang dimasak hingga berwap dan mengandungi bahan pilihan sama ada sagu,pisang,ubi dan sebagainya.
Kali ni kami akan siarkan resepi kuih lepat sagu yang menarik ni hasil air tangan Puan Mas Cotek .
Bahan-bahan untuk kuih lepat sagu ini :
1 cawan tepung jagung
2 sudu makan ( membukit ) tepung Hoen Kwe
1 cawan gula
5 1/2 cawan santan pekat
1 sudu teh garam
1/2 cawan sagu
3 cawan air
2 helai daun pandan disimpu
Daun pisang secukupnya untuk membungkus

Cara penyediaan sagu
:

Didihkan 3 cawan air terlebih dahulu.Barulah dimasukkan sagu dan masak hingga jernih.
Toskan dan ketepikan.
Sebut sahaja mengenai kuih lepat,pasti terbayang kuih yang berbentuk empat segi tepat yang berbungkus elok di dalam daun pisang segar..Hari ni kami beri resepi penuh beserta tips kuih lepat sagu tak perlu kukus ya.
Cara penyediaan kuih lepat sagu pula :
Seeloknya anda telah gunting daun piaang pada saiz yang dikehendaki,layurkan sekejap di atas api untuk elak mudah pecah dan juga lapkan dengan kain supaya bersih.
Tak perlu leserkan dengan minyak ya sebab kuih lepat ni tak perlu dikukus.

#1: Panaskan periuk dan buka api perlahan sahaja.Masukkan dua jenis tepung bersama dengan santan pekat,gula dan garam.Kacau sehingga sebati dan barulah masukkan daun pandan.
#2: Sentiasa kacau adunan pada api perlahan hingga adunan berkilat dan meletup-letup.Ingat api perlahan ya.
#3: Masukkan sagu dan terus tutup api.Kacau sekejap untuk sagu bercampur.
Sebut sahaja mengenai kuih lepat,pasti terbayang kuih yang berbentuk empat segi tepat yang berbungkus elok di dalam daun pisang segar..Hari ni kami beri resepi penuh beserta tips kuih lepat sagu tak perlu kukus ya.
#4: Adunan yang panas-panas ni dicedok dalam dua – tiga sudu makan dan diletakkan atas daun pisang.Gelekkan daun pisang supaya adunan lept cantik elok.
Bungkus dan rapikan hujung .
#5: Masukkan lepat sagu yang siap dibungkus ke dalam peti sejuk dan biarkan sejuk.Sedia untuk dimakan.
Senang dan jelas step-step untuk hasilkan kuih lepat sagu ni kan.Selamat mecuba . 
Kredit Resepi: Puan Mas Cotek .

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari