pelbagai resepi dari pelbagai negara

UDANG KICAP BERSOS PEDAS


UDANG KICAP BERSOS PEDAS



Bahan-bahan:

500gm udang saiz besar - disiang dan cuci bersih
9 biji cili api dititik
3 ulas bawang putih - ditumbuk
Sedikit lada putih - ditumbuk
Sedikit kicap masin
Sedikit kicap manis
Sedikit sos tomato
Sedikit sos tiram
Sedikit sos cili
Sedikit serbuk kunyit
Secubit garam

Cara:

1. Lumurkan udang dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga kulit udang kemerah-merahan.

2. Dengan menggunakan minyak goreng udang tadi kalau banyak boleh kurangkan, tumislah bawang putih dan lada putih hingga naik bau.

3. Masukkan kicap masin, kicap manis, sos tomato, sos cili dan sos tiram serba sedikit. Kacau sebati.

4. Masukkan udang yang telah digoreng tadi, gaul dengan mesra. Biarkan di atas api seketika.

Bolehlah dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari