pelbagai resepi dari pelbagai negara

Resepi Kurma Tanpa Santan

Resepi Kurma Tanpa Santan|Kalau nak masak kurma ayam atau daging...akak mmng suka buat kurma bawang goreng ni..tak guna santan pun..guna susu cair je..akak suka sesangat.. Pada yang nak try...ni akak bagi semua resepi dari nasi sampai la lauk dan jelatah.


.
Bahan:
1 ekor ayam / 1 kg daging(ptng ikut suka)
3 sudu besar rempah kurma
4 biji kentang(belah ikut suka)
7/8 biji cili padi
8@10 biji tomato ceri
5 genggam bawang grng
1 sudu mkn kerisik
2 sudu mkn gula merah
5 sudu susu cair(utk perap)
1 cawan lagi susu cair (untuk bubuh kemudian)
Mesin 2biji bwng besar,4 ulas bwng putih n 1 inci halia
(Perap ayam/ daging dgn rempah,bwng grng,kerisik,gula merah,bahan mesin dan susu cair..dlm 15 min)
.
Bahan tumis:
Kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga
1 biji bawang besar-hiris nipis
3 ulas bawang putih-hiris
.
Cara:
Panaskn minyak..masukkn bahan tumis...setelah naik bau...tuangkn ayam/daging yang di perap tadi..

masukkan air hingga ayam/ daging tenggelam...masukkan kentang..

Masukkn garam dan perasa..kalau ayam/ daging belum empuk..boleh tambahkn air sedikit lagi...setelah agak pekat dan ayam/daging+kentang dah empuk..tuangkn lagi 1 cawan susu cair


akhir skali masukkn cili padi dan tomato ceri.
.
--------
Nasi minyak kuning
--------


.
Bahan:
3 pot beras basmathi(basuh n toskan)
5 pot air
2 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar butter
1/2 cawan susu cair
1 rempah sup bunjut
1 genggam kismis
*1 biji bwng besar
*3 ulas bwng putih
*1 inci halia
1/2 sudu teh serbuk kunyit/pewarna kuning
Kulit kayu manis,bunga lawang n buah pelaga
Garam n perasa
.
Cara:
Mesin bhn bertanda *
Panaskn rice cooker..masukkan minyak sapi n butter
Tumis kulit kayu manis,b.lawang n buah pelaga
Tumis bhn mesin n kismis
Masukkan garam,serbuk kunyit n perasa
Masukkn susu cair n rempah sup bunjut
Masukkan air dan beras
Tutup periuk dan biar hingga nasi masak.
.
-------------
Jelatah timun + nenas
-------------

.
Bahan:
1 biji timun-(buang kulit,cakar dgn garfu..belah 2 dan hiris)
Suku biji nenas(hiris nipis)
1 biji bwng besar-belah 4 n hiris nipis
Cili masak n cili hijau-hiris
5 sudu mkn gula
Sedikit garam
3 sudu mkn cuka
.
Cara:
Campurkan semua bhn ke dlm mangkuk n gaul rata..balancekn rasa masam manisnya..

Mazli

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari