pelbagai resepi dari pelbagai negara

Ringkas Dan Mudah Buat Ayam Masak Kicap GST

Ringkas Dan Mudah Buat Ayam Masak Kicap GST
Bahan-bahan A:

1 ekor ayam, beratnya 1.5 kg - potong 10 atau kecil ikut citarasa masing-masing
200ml kicap manis
2 sudu makan cuka
2-3 cawan air
minyak untuk menggoreng dan menumis
.
Bahan-bahan B:
3 biji bawang besar - dihiris bulat
5 biji bawang putih - dihiris
2 jari halia - dihiris panjang-panjang seperti batang mancis
.
Bahan-bahan C (ditumbuk halus):
1 biji buah pala
1 sudu makan lada hitam biji
1 jari kayu manis
15 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
10 biji buah pelaga
.
cara:
.
lumur ayam dengan sedikit garam
panaskan minyak dan gorengkan ayam tetapi jangan terlalu garing
angkat dan ketepikan
dengan mengunakan sedikit minyak bekas menggoreng ayam, tumis semua bahan-bahan B sehingga bawangnya layu
masukkan pula bahan-bahan C dan tumis lagi sehingga naik aromanya
selepas itu masukkan kicap, air dan cuka (jika perlu bolehlah ditambahkan sedikit garam)
gaulkan rata
setelah mendidih barulah dimasukkan ayam goreng tadi
balik-balikkan dan masak sehingga pekat sedikit kuahnya dan rempahnya meresap ke ayam
angkat dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari