pelbagai resepi dari pelbagai negara

Ayam Goreng Cara Orang korea

Resepi Ayam Goreng Korea
Bahan-bahan tempatan.



Bahan-bahan:
ayam 8 ketul
tepung gandum 1 cawan
tepung beras 1 cawan
bikarbonat soda 1 camca teh
sebiji telur
1 sudu kecil black pepper
3 ulas bawang putih
garam
madu/gula
cuka (jika ada)
sos tomato 4 sudu besar
serbuk cili/ cili kisar 2 sudu besar
bijan yang diigoreng tanpa minyak (aku ni tak de bijan)
minyak untuk deep fry



cara membuatnya:

campur tepung gandum,tepung beras dan bikarbonat soda dan gaulkan
pukul telur bersama black pepper dan gaulkan ayam bersama telur
kemudian golekkan ayam pada campuran tepung tadi
dan goreng hingga kuning keemasan



kemudian buat sosnya pula

tumbuk bawang putih dan tumis bersama cili kisar tadi hingga garing
kemudian masukkan sos tomato, cuka, madu/gula, garam dan gaul rata
jangan campur air supaya kerangupan ayam lebih tahan lama dan tidak berair
kemudian


masukkan ayam yang digoreng tadi ke dalam sos yang dimasak
gaul rata hingga sos menyaluti seluruh ayam yang ada
dan tabur bijan

kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm page,untuk admin masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari