pelbagai resepi dari pelbagai negara

KUIH NONA MANIS BANDUNG,JUADAH PILIHAN KELUARGA

 KUIH NONA MANIS BANDUNG,JUADAH PILIHAN KELUARGA


Kuih ini sesuai dimakan ketika minum bersa keluarga

Bahan A :

* 1 cawan tepung gandum

* 1 cawan santan

* 1/2 cawan gula pasir

* 1 bj telur gred A


1. Pukul telur hingga kembang

2. Masukkan dlm blender bersama santan, gula dan tepung gandum. Blend hingga sebati. Ketepikan.


🌷Bahan B :

* 1/4 cawan tepung jagung

* 1/2 cawan Saji krimer manis Bandung

* 1/2 cawan santan

* 2 sudu makan gula pasir

* secubit garam

* 2 titik pewarna pink


1. Satukan semua bahan, kacau rata guna whisk.

2. Masak atas api perlahan sambil dikacau sehingga agak pekat. Biarkan hingga suam.

3. Tuang bahan A tadi ke dlm periuk berisi bahan B dan kacau sebati.

4. Tuang kembali ke dlm blender dan blend sebati.

5. Tuang adunan ke dlm jag kecil atau botol sos bermuncung.


🌷Bahan C :

* 2 cawan santan pekat

* 2 sudu makan tepung gandum

* 1 sudu makan gula pasir

* secubit garam


1. Campur rata semua bahan dan tapiskan.

2. Masak atas api perlahan sehingga mendidih dan agak2 likat sedikit.

3. Tutup api. Terus tuang adunan ke dlm botol sos kecil.


➡️ Sapu acuan kuih lompang dgn minyak.Tuang adunan perisa Bandung 3/4 acuan. Kemudian picitkan adunan putih di tengah acuan.


➡️ Panaskan pengukus sehingga air mendidih. Kukus selama 10 mnt


➡️ Tunggu hingga kuih sejuk kemudian cungkil kuih guna lidi untuk keluarkan dari acuan 🌷


Resepi: Eka Zahra‎ 

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari