pelbagai resepi dari pelbagai negara

Mee Rebus Terengganu,Lain Negeri Lain Cara Masaknya

 

Mee Rebus Terengganu,Lain Negeri Lain Cara Masaknya
Boleh tak ramai2 tolong share post resepi mee rebus terenganu ni

 Sapa suka mee rebus teganu

 Lain negeri lain cara masak mee rebus kan. Mee rebus teganu paling mudah nak di sediakan sebab guna tak banyak bahan pun, mana tahu kot nak buat open house raya, bolehlah cuba menu ni sebab senang dan sedap, tambah-tambah lagi bila guna NuMee gardenia. 

ni saya sertakan resepi mee rebus teganu ye senang sebab tak guna banyak bahan

 Mee rebus teganu (sukatan untuk 5 orang makan)

Bahan-bahan 

*1 paket NuMee 
*isi ayam/fish ball/fish cake 

*telor 
*2 biji bwg merah + 2 ulas bwg putih + 1 sudu besar lada hitam=tumbuk 

*1 ikat sayur sawi 
*lobak 
*5 biji cili api 
*1 sudu kecil gula 
*1 sudu besar garam 
*sedikit ajinomoto 

 Cara² 
1. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk iaitu bawang merah, bawang putih dan lada hitam, hingga agak sedikit kekuningan. 

2. Masukkan air dan biar hingga mendidih baru masukkan isi ayam/fish cake/fish ball. 

3. Perasakan dengan garam, gula dan ajinamoto. 

4. Pecahkan telor sebiji demi sebiji ke dalam kuah,dah pecahkan jangan kacau,biarkan dahulu hingga telor jadi separuh masak. 

5. Masukkan sawi, cili api dan lobak. Kacau sekejap supaya rata dan lagi elok sekiranya perasakan lagi sekali supaya secukup rasa. 

6. Tutup api gas dan siap untuk dihidangkan bersama mee.(ikut resepi sebenar mee rebus teganu, mee akan di campur terus ke dalam kuah dan kena makan terus masa panas2, tapi resepi ni saya asingkan mee dan kuah, bila nak makan baru letakkan mee. Untuk mengelakkan mee jadi kembang bila dicampur ke dalam kuah) 

7. Bagi yang suka sambal kicap, bolehlah sediakan sambal kicap ye. 


 Cdt zara zahara

1 comment:


  1. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*com x-)
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup. ;-)

    ReplyDelete

@hayatishaari