pelbagai resepi dari pelbagai negara

Resepi Ayam Masak Mamak.Cubalah

Resepi Ayam Masak Mamak.Cubalah
Maaf mamak,kita pinjam nama awak 

Setakat ni,kalau saya masak lauk ni in shaa Allah licin,dan ramai yang akan suruh masakkan lagi.

Dari yang muda,sampai yang berusia,semua suka.
Kita kongsi ye cara nak sediakannya.
Senang je masak ni, masak sambil zumba kat dapur pun boleh wak.

Kita guna isi ayam. Saya ambil bahagian dada (chicken breast). Takde tulang,jadi senang nak makan. Kali ni saya guna 3 keping dada ayam.


Bahan-bahan mudah je. Yang sentiasa ada di dapur kita. Saya suka potong kasar, sebab nak kutip dan ratah . Maafkan daun kari ku itteww. Layu dan kering dikurung waktu

Bahan-bahan dalam gambar :
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 tangkai daun kari
Cili kering ikut tahap kepedasan masing-masing.
* 1 inci halia kalau suka. (Opt)
Saya tak masukkan halia harini sebab anak-anak komplen asyik tergigit halia je bu 
ita gaulkan dengan tepung kentaki atau tepung bestari tu atau takde guna campuran tepung jagung dan tepung gandum. Gorengkan.
Tumiskan sehingga layu dan naik bau.
Kemudian, (tak sempat snap gambar), masukkan 3 sudu sos tiram, 3 sudu sos cili, masukkan agak-agak dlm 1 sudu kecil (1sdk) pes asam jawa.
waktu masukkan sos tiram dan sos tu masukkan 1sdk serbuk kari. Tak perlu banyak sangat,bagi rasa-rasa je. Baru feel "mamak" nye tu.

Tambah air sikit nak bagi berkuah. Tambah gula 1 sudu besar (1sdb) dan sedikit garam. Dia manis-manis pedas rasanye.
Biar mendidih kejap, rasa dulu kuah dan agak-agak dah sedap kat tekak, masukkan ayam tadi dan gaul rata.
Tutup api dan siappp. Taraaa jadilah Ayam Masak Mamak.
Maka, haruslah kita curik-curik makan seketul dua haha. Suami saya orang N9 sebut "mencungap" (meratah).
Credit : Shafiqah Liyana

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari