pelbagai resepi dari pelbagai negara

RESEPI IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM,MAKAN NASI PUN BERTAMBAH-TAMBAH

IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM,MAKAN NASI PUN BERTAMBAH-TAMBAH
Syawal semakin berlalu ,tentunya kta semua mula kembali kepada fitrah asal,iaitu kembali mencari nasi putih dan lauk pauk yang biasa kita makan sehari hari.

 Sesekali belek FB sambil mencari menu untuk dimasak untuk hari ini maka terjumpalah resepi sedap ini.
Boleh lah cuba ye

Bahan,
. Ikan kembung rebus dengan asam keping + garam sikit (air tak perlu banyak. Jangan tenggelamkan ikan)
. Cili padi segenggam + asam jawa (gaul dulu dengan air suam) + perasa Maggie 1 sudu + gula 1 sudu + garam 1/2 sudu + belacan. Agak-agak dalam suku (blender semua).
. Tomato 2 biji (potong dadu)
. Bawang besar 2 biji (potong dadu)
. Cili merah 2 tangkai (potong senget)
. Limau kasturi 7 biji (belah 2)

Caranya,
Jangan terlalu lama rebus ikan. Agak-agak mendidih, terbalikan pelan-pelan. Letak dalam bekas. Susunkan. Curahkan air asam yang blander tadi.

Letak bahan yang dipotong dadu.
Perah sikit limau kasturi. Balance tabur dalam ikan tu.
Inshaallah bertambah-tambah makannya nanti.

Selamat mencuba.

sumber- Norhaniza Kamaruddin.

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari