pelbagai resepi dari pelbagai negara

Desert Ramadhan....Pengat Pisang Nangka

Desert Ramadhan....Pengat Pisang Nangka




Bahan bahan:
15 biji pisang nangka - hiris serong
1 kg santan
3 keping gula Melaka
2-3 senduk gula pasir
Garam
3 helai daun pandan - koyak dan simpul
1/2 cawan sagu


Cara cara:

Masak santan cair dengan pisang dan daun pandan sehingga pisang nampak dah lembut. Selalu dikacau bagi mengelakkan santan pecah minyak.

Masak gula Melaka dan gula pasir untuk dijadikan air gula. Bila 

pisang dah lembut, masukkan air gula tadi. Masukkan sedikit sedikit 

dan rasakan kemanisannya dulu. Boleh ditambah kemudian jika 

terasa masih kurang manis. Kacau rata.

Lepas itu masukkan pula santan pekat dan garam. Kacau seketika. Sesuaikan rasa dan bolehlah tutup api.

Basuh sagu dan tos. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan sagu dan kacau sehingga tiada kelihatan bahagian putih. Angkat dan tos. Lalukan dibawah air paip sambil dikacau untuk membuang sedikit sagunya.

Akhir sekali masukkan sagu tadi ke dalam periuk pengat yang telah ditutup api. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.


Oleh: Azie Kitchen

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari