pelbagai resepi dari pelbagai negara

Resepi NASI G@NJA Untuk Hidangan 6 Orang Makan

1. Resepi NASI G@NJA  Untuk Hidangan 6 Orang Makan
4 cawan beras ( disyorkan beras BASMATHI)

6 cawan air ( atau ikut je sukatan beras anda seharian)
( kalau beras basmati- 3 cawan=4 1/2 cawan air)
Bawang putih 4 ulas*
Bawang merah 8 ulas*
3 Kulit kayu manis*
3 Bunga lawang*
5 Biji pelaga*
3Bunga cengkih*
Rempah sup adabi 1 bungkus kecil*(serbuk)
6-8 titis pewarna kuning telor( bubuh sampai jadi warna nasi mcm saya buat tu)

Bahan2 yang bertanda * 

-ditumis dgn minyak masak sikit Dan campur minyak sapi sikit agak2 1/4 cawan
(dah siap tumis masukkan air bila dah didih masukkan beras..dan pewarna kuning telor 3 titis.kacau2 pastu masukkan
Cili sos maggi-6 camca besar
Sedikit garam gula Dan ajinomoto( jika suka)
masaklah macam biasa sedap dimakan dengan sambal ayam/daging/ masak merah/masak hitam/dalca
2. AYAM GORENG BEREMPAH
Satu ekor ayam potong 8/12 ketul
2 sudu serbuk kunyit
2 bungkus kecil rempah kari ayam
1 sudu serbuk ketumbar ( jika suka)
1 sudu kecil jintan manis ( jika suka)
sedikit garam dan gula
3 tangkai daun kari dimayang
dikisar dng air
bawang merah 10
bawang putih 6
halia 2 inci
serai 2 btg
campurkan semua bahan kedlm mangkuk besar. pastikan adunan kental dan dapat menyalut isi isi ayam dengan sempurna.

dikacau.dah sebati rempah tu semua masukkan ayam. perap sekurang kurangnya 30 minit.klu lg lama lg bagus sbb lg sedap. pastu boleh lah digoreng dengan api yg kuat-sederhana - perlahan( main api supaya isi ayam didalam dapat masak sekata. klu tk control api dengan baik nanti rempah yang diatas ayam tu hangus pula. jadi hati hati.

( jika anda ada oven atau microwave, boleh lah di ' cook' dahulu isi ayam tu selama 12-15 minit . bila dah 'cook'...keluarkan- pastu baru dimasukkan kedlm adunan rempah tadi- perapkan.( bila buat mcm ini baru isi .ayam betul betul masak sempurna dan cantik keadaannya bila digoreng dlm kuali- elak hangus dan tidak masak isi didalam)
3. KARI KOSONG NASI KANDAR@gulai kosong nasi ROYALE ALOR SETAR
Kalau tak belajar buat memang rugi...sebab sedap sangat.
Hanya ada di fb saya sahaja resepinya sebab saya sedekahkan untuk anda semua.halal..
1. Kena masak lama baru kuahnya jadi pekat cantik.
2.Tumis rempah mesti guna minyak yang banyak baru rempah dapat masak cantik.bila rempah masak elok maka nanti kuah kari anda akan jadi warna merah yang cantik.
3.Biar masak rempah lama supaya betul betul masak.bila betul betul masak baru masukkan air

RESEPI DAN CARA CARANYA:
3 bungkus kecil Rempah kari ayam
1 bungkus kecil rempah kari ikan
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk jintan putih*
1 sudu kecil serbuk jintan manis*
1 sudu kecil Serbuk ketumbar*
1 sudu besar rempah masala *(jika ada lebih sedap)
(* jika ada)
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
( semuanya dicampur dan gaul dng air 1 cawan-pekat)
Bahan tumbuk/kisar-untuk ditumis adalah dibawah:
Bawang merah 7
Bawang putih 5
Halia 2 inci
Bawang besar 1
Bahan ditumis ke 2
2 kulit kayu manis
Bunga lawang 4
Biji pelaga 6
Bunga cengkeh 8
Kiub ayam 2
Gula 2 sudu besar
Garam ( jika perlu sebab kiub ayam dah masin dah)
Air asam jawa 1 sudu besar
Air 1 1/2 cawan
santan 1/2 kotak kecil @ 1 kotak.Jika tidak mahu guna santan pun boleh cuma pekatkan kuah kari anda.
Minyak 2 cawan
( selepas siap masak kari jika minyak tumisan dalam kuah kari banyak sangat maka anda bolehlah ambil buang/keluarkan mengikut keperluan anda.menumis rempah kari tidak boleh dikurangkam minyak sebab rempah tidak bolehl masak betul.
Panaskan minyak dlm periuk.bila panas tumis bhn tumisan td. Bila dah harum masukkan rempah yg dibancuh td.
Pastu kacau kacau lah.bila nampak rempah dah warna merah dan ada minyak diatasnya cepat cepat tambahkan air. Biar mendidih 2 kali.
Pastu masukkan kiub ayam,gula, garam, asam jawa paste 1/2 sudu kecil atau air asam jawa 2 sudu besar.
Biarkan mendidih berkali kali sampai kuah pekat dan jadi sedap.
Dah siap kuah mamak dan boleh taruh atas ayam.
( resepi kuah mamak ini hanya perlu dibuat bila anda buat ayam goreng sahaja tetapi jika anda buat kari ayam@daging maka tak perlulah buat kari manak lg.
Kari mamak ini juga jika suka anda boleh terus masukkan ayam atau daging semasa tumisan
rempah dah masak tadi. Baru masukkan air.
“Untuk resepi kuah kari hitam mamak , cara buat adalah sama cuma ketika kuah sudah memdidih masukkan kicap TAMIN,sedikit cili sos dan sos tomato untuk menyempurnakan rasanya.”
** buat banyak banyak kalau lebih masukkan dawlm bekas bertutup dan simpan dalam peti ais. Boleh tahan 5-6 hari.senang bila nak makan nasi panaskan saja...tapi kalau masak rempah guna minyak banyak, rempah masak elok KUAH KARI INI AKAN BERTAHAN 2 MINGGU.ambil setakat yg nak makan saja yang baki cepat cepat simpan semula dalam peti ais.
** kuah kari ini boleh dimasak dng lauk pauk kegemaran anda.
Maksudnya anda boleh buat sebagai kari ayam, ikan, daging ,sotong, udang.kalau nak buat kuah kari yg warna hitam tu cuma tambahkan kicap pekat sedikit sahaja kedalamnya.**
kredit resepi:Idashahida

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari