pelbagai resepi dari pelbagai negara

RESEPI ACAR AYAM GORENG BERSAMA NASI PANAS

RESEPI ACAR AYAM GORENG BERSAMA NASI PANAS


Bahan-bahan:


1/2 ekor ayam(kalau boleh ambil isi ajer)
3 sudu besar cili giling
1" halia dihiris batang mancis
1 biji bawang besar*
3 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
sedikit biji sawi
6 biji bawang merah}
5 biji bawang putih }Biarkan sebiji sebiji
1 biji lada merah buang biji dalam nya}
1 biji lada hijau buang biji dalamnya}hiris panjang
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cuka
garam,gula,perasa

Bahan dihiris panjang:
1 biji timun dan lobak( direndam dengan sedikit air kapur bagi merangupkan nya)

Cara-cara:
1. Ayam dipotong kecil kecil,bersihkan kemudian lumurkan dengan kunyit dan garam dan goreng garing.dah siap ketepikan
bahan bertanda* dikisar halus dan campurkan dengan cili giling.


2. Panaskan minyak masukkan halia yang dihiris tadi.kacau sebentar,kemudian masukkan bahan kisar dan cili giling.kacau hingga naik minyak.


3. Kemudian masukkan tomato sos,gula garam dan perasa,ayam goreng,bawang merah dan putih biji,lada merah dan hijau yang dipotong dan biji sawi..


4. Masukkan cuka..kacau rata,kalau kering boleh tambahkan sedikit air..
Akhir sekali masukkan timun dan karot tadi..Biarkan sebentar.


5. Kacau rata.matikan api dan boleh lah dihidang kan.

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari