pelbagai resepi dari pelbagai negara

NASI LEMAK KISMIS ,MEMANG TERANGKAT

NASI LEMAK KISMIS ,MEMANG TERANGKAT


Bahan-bahan:

4 cawan beras basmathi - saya guna Basmathi India Gate (cuci dan rendam 1/2 jam)
2 cawan santan
5 cawan air
8 ulas bawang merah - dihiris halus
4 ulas bawang putih - dihiris halus
1 inci halia - hiris batang mancis halus
1/2 cawan kismis kuning atau hitam
beberapa titik essen kuning
sedikit garam.

Cara:

1. Beras basmathi yang direndam 1/2 jam di toskan dan di masukkan dalam rice cooker, bersama bawang hiris, santan dan air, kismis dan juga esen kuning dan sedikit garam.
2. Masak sehingga nasi tanak, biarkan nasi kering dan balik2kan supaya nasi bergaul rata, biarkan keep warm. Jika menggunakan periuk biasa masak seperti biasa kita memasak nasi lemak. Hidangkan bersama lauk pauk bersesuaian, sambal tumis ikan bilis, kalau ada ayam goreng berempah pun sedap dan juga hirisan timun. Kali ini saya sajikan nasi lemak kismis bersama sotong goreng sayuran.
Sedap mencuba.

Bahan sambal tumis bilis:

1 mangkuk - lada kering yang di rebus dan diblender halus
2 labu bawang besar - diblender halus
4 ulas bawang putih - diblender halus
2 inci belacan
segemgam@1/2 cawan ikan bilis belah - dicuci bersih rendam sebentar
2 labu bawang besar - di hiris kasar2
1 cawan air jus asam Jawa
3-4 sudu makan gula pasir (ikut suka klau nak manis tambah lagi gula)
1 sudu teh garam
sedikit minyak untuk menumis

Cara:

1. Panaskan minyak didalam kuali, tumis bawang besar yang dimayang kasar hingga layu dan berbau harum
2. Masukkan bahan2 yang diblender halus, goreng dan balik2kan sehingga agak garing dan pecah minyak.
3. Masukkan pula gula, balikkan lagi, masukkan bilis yang telah ditoskan dan diikuti dengan jus asam jawa.
4. Masak sehingga sambal tumis masak dan naik minyak cantik warnanya. Tambahkan garam dan rasa kan kesesuaian masin, manis dan masam. Biarkan atas api yang kecil sambil dibalik-balikan jika masak sambal tumis dengan betul dan lama sedikit ia akan tahan lebih lama Hidangkan bersama nasi lemak.

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari