pelbagai resepi dari pelbagai negara

Mudahnya Buat Nasi Himpit,Tak Salah Kalau cuba

Mudahnya Buat Nasi Himpit,Tak Salah Kalau cuba
Ramadan bakal menjelang beberapa hari lagi.
Tentu para ibu bakal sedang menyiapkan menu ramadan. Tentu para ibu nak buat menu yang istimewa buat sesisi keluarga selera berbukanya.

Terbaru, melalui perkongsian viral oleh Nazia Suhaimi begitu kreatif apabila menunjukkan cara membuat nasi impit dengan mudah. 

Menurutnya petua yang diperolehinya daripada ibu mertuanya. Sungguh kreatif.


Suka tengok cara mak mertua saya buat nasi impit. Biasanya kita tengok orang rebus nasi dalam plastik kan? 

Cara mak saya, cara orang lama.
Yang ini, mak ajar 1 cawan beras : 3 cawan air. Masak macam biasa guna periuk nasi. Nanti nasi dah masak, plastik di alas minyak sikit (supaya nasi tak lekat).

Ambil nasi guna plastik kemudian dihimpit-himpit, ditekan-tekan nasi lembik-lembik panas-panas dalam tray sampai kejadiannya cantik macam ni.

Boleh cuba cari ni. Mudah aje ni

sumber:Nazia Suhaimi

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari