pelbagai resepi dari pelbagai negara

Lebihkan cili dan asam limau,Jadilah Sup Thailand Yang Sangat Sedap

Lebihkan cili dan asam limau,Jadilah Sup Thailand Yang Sangat Sedap

Sup ala thai ari ni..

Lebihkan cili dan asam limau.. Hirup lak panas²..
Saya sertakan resepi
SUP TULANG ALA THAI
*rebus tulang dengan halia,lengkuas dan sebiji bawang besar belah 4,bunga lawang,kulit kayu manis, buah pelaga.. rebus bagi empuk.
-bawang putih 6,7 ulas(tumbuk lumat)
-bawang besar sebiji(belah 4)
-daun limau purut
-cabai melaka 3,4 biji
-serai 2,3 btng (ketuk)

*Tumis bawang putih sampai kuning, masukkan bahan2 lain..masak bagi layu daun limau purut...pastu letak bahan ni dalam sup yang rebus tadi..bagi empuk daging dulu baru letak bahan ni..

* tomato sebiji belah 4
*asam limau sebiji(ambik air)
*sos ikan 2,3 sudu..letak garam dengan aji.. Perasakan
* last sekali letak batang saderi..tutup api ..siapp
credit : Noorlela Hasri‎ 

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari