pelbagai resepi dari pelbagai negara

Coklat Ferrero Rocher,Jangankan Anak-anak,Mak Ayah Pun Suka

Resepi Coklat Ferrero Rocher ,Jangankan Anak-anak,Mak Ayah Pun Suka

Bahan-bahan :

------------------
1) 250 Gram - Butter (suhu bilik)
2) 150 Gram - Gula Caster
3) 1 Biji - Kuning Telur Ayam
4) 30 Gram - Serbuk Roti Kuning (panko breadcrumbs)
5) 100 Gram - Serbuk Badam (badam yang telah dikisar halus)
6) 100 Gram - Tepung Jagung
7) 300 Gram - Tepung Red Rose atau tepung top
8) 250 Gram - Badam (cincang dan disangar tanpa minyak)
9) 300 Gram - Chocolate Masakan (cooking chocolate dicairkan)
10) 1 Biji - Putih Telur Ayam


Langkah-Langkah Cara Buat Cookies Coklat Ferrero Rocher Homemade Raya
=======================================
1) Ayakkan tepung rose/top bersama dengan tepung jagung.
2) Campurkan pula serbuk roti bersama serbuk badam ke dalam tepung. Gaul rata.
3) Pukul pula butter, gula & kuning telur hingga gebu dan kembang.
4) Masukkan pula campuran tepung sedikit demi sedikit sambil gaul hingga sebati.
5) Bulatkan doh sebesar guli.
6) Celupkan pula doh bebola tadi kedalam putih telur dan kemudiannya masuk ke dalam badam cincang.
7) Letakkan diatas bekas dulang pembakar.
8) Selepas itu bakar didalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 165 darjah celcius selama 25 hingga 30 minit (ikut oven masing-masing)
9) Setelah masak, biarkan sejuk dahulu sebelum disalut dengan chocolate cair.
10) Letak kan bebola chocolate kedalam mangkuk kertas.

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari