pelbagai resepi dari pelbagai negara

Telur Rebus Goreng Masak Merah

Telur Rebus Goreng Masak Merah


bahan-bahan :


5 biji telur ayam (direbus dan digoreng)
1 cawan santan pekat / susu cair
1 labu bawang besar sederhana saiznya (dikisar)
2 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 sm halia (dikisar)
1 sm lengkuas (dkisar) - optional
1 senduk cili giling (-/+)
1 sudu besar puri tomato / sos tomato
sedikit sos cili
sedikit kicap
sedikit sos tiram
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali/periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau.
Masukkan pula cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan sos tomato/puri tomato, sos cili, sos tiram, kicap, garam dan gula secukup rasa.
Masukkan santan dan sedikit air. Kacau sebati. Biarkan ia mendidih hingga pekat. Tutupkan api.
Masukkan telur dan gaulkan.
Bolehlah dihidangkan bersama nasi.

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari