pelbagai resepi dari pelbagai negara

RENDANG AYAM SIMPLE TANPA KERISIK

Tok laki request nak makan rendang ayam + nasik impit .. Kami laki bini tak berapa gemor rendang ada kerisik 

RENDANG AYAM SIMPLE ( TAK GUNA KERISIK )

BAHAN2 :
Ayam seekor (gaul garam kunyit & goreng sekejap)
Asam jawa @asam keping
Limau purut (hiris halus)
Daun kunyit (hiris halus)
Gula merah / garam / serbuk perasa
Santan
* cili kering segenggam (basuh & rebus sekejap)
* Bawang besar/merah
* Bawang putih
* Halia
* Lengkuas (lagi banyak lagi sedap)
* serai (lg byk lg sedap)
* kunyit hidup
Ok blend halus bahan bertanda *
Angkat ayam yang dah siap di goreng , buang minyak sikit & tumis bahan blend .. Agak dah pecah minyak masuk asam keping , agak2 laa na .. Buh gula merah / garam / serbuk perasa & air asam jawa pekat .. Kemudian masok ayam yang dah di goreng tadi , kaup balik pastu masuk santan .. Perasakan , kalau rasa dh okay , buh daun kunyit & daun limau purut .. Siapp utk di hidang
credit : ZaraZyad Bundle‎

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari