pelbagai resepi dari pelbagai negara

Nasi Ulam Saya Buat Sendiri

Nasi Ulam Saya Buat Sendiri
Nasi Ulam. Buat sendiri baru puas. Kalau beli kerisik ja lebih.
Saya bagi resepi cara saya..

Bahan:- 
🔸Nasi Putih
🔸Serai*
🔸Lengkuas*
🔸Halia*
🔸Lada Hitam*
🔸Cili Padi*
🔸Kerisik
🔸Bawang merah { Hiris Nipis}
🔸Ikan masin. { Saya guna ikan talang masin yg dibakar& Kisar halus}
Boleh guna ikan gelama, ikan tenggiri
Bahan bertanda * saya sangai dan kisar halus. Tumbuk pun boleh.

Saya guna ulaman² ni ja. 
{Basuh, keringkan air & Hiris halus. }
🌿Pucuk Putat
🌿Pucuk Goncaq
🌿Pucuk Bebuas
🌿Pucuk Chemumaq
🌿Daun Cekur
🌿Daun Ulam Raja
🌿Pucuk Daun Kari
🌿Daun Selom
🌿Daun Kesom@ Cenohom
🌿Pucuk Gheyang
🌿Pucuk Mengkudu
Gaul. Semua bahan hingga sebati. Kalau kurang masin baru tambah garam. Saya taktambah dah sebab dah masin dari ikan masin.
Boleh letak serbuk perasa kalau suka. Saya tak letak sebab nak betul² rasa cara "orang lama" buat.
anda juga boleh tambah
🌿Daun lemuni
🌿Pucuk Gajus@ Jangguih
🌿Daun Sekentut
🌿Daun kunyit
🌿Pucuk Limau purut
🌿Daun peria Pantai
🌿Pucuk beluntas
🌿Daun Selasih
🌿Daun Kaduk
🌿Pegaga
🌿Bunga Kantan
🌿Pucuk Mempelam
🌿Daun Tenggek burung.
🌿Pucuk serai Kayu
Bla bla bla.
Dah siap. Banyak khasiat oooo sebab banyak ulam- Ulaman 

💥Regu paling sedap. Asam rebus @ Sayur keladi. Perghh. Tak buat sebab saya masih berpantang.
kredit: nor's sapinah

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari