pelbagai resepi dari pelbagai negara

Aneka Resepi Pengat Dan Bubur Juadah Sepanjang Ramadhan

Aneka Resepi Pengat Dan Bubur Juadah Sepanjang Ramadhan
BUBUR KACANG HIJAU DURIAN


Bahan-bahan

Kacang hijau - rendam semalaman
Sagu biji
Air secukupnya - untuk merebus kacang sehingga kembang
1 sudu besar minyak masak - nak bagi cepat empuk kacang tu
Santan
Daun pandan
Garam
Gula pasir
Gula merah/perang - untuk bagi warna lebih cun je
Gula melaka
Durian - ikut le banyak mana suka tapi jangan le sampai nampak durian pulak dari kacangnya hihihi... Gurau je

Caranya
1. Rebus kacang hijau, air, garam dan minyak masak atas api sederhana. Tujuannya nak percepatkan proses rebus kacang tu bagi kembang. Kalau tak masukkan garam dan minyak masak harus kena berjam-jam baru nak empuk. Banyak gas terbuang.

2. Bila dah empuk (isi kacang hijau tu pecah-pecah) masukkan pelbagai gula, durian, daun pandan yang disimpul, biji sagu dan santan. Kacau nak bagi biji sagu tu tak melekat antara satu sama lain. Lagi pun kalau dibiarkan kang santan tu pecah minyak pula. Hancur jadinya. Jadi kena hati-hati yer.

3. Biarkan mendidih dan dah dapat kepekatan yang kita sukan boleh terus tutup api. Kalau nak cair sikit boleh le nak tambah sikit air lagi. Dah mendidih baru tutup api.

**Kot tak nak atau tak der durian, skip le part yang masukkan durian tu yer. Sedap gak kalau makan begitu saja.

Dah siap!!! Boleh le kalo nak dihidangkan. Makan lak dengan roti banggali kalau ada lagi masuk.. Kot tak guna je roti apa yang ada kat dapur tu. Kalau rasa terlebih rajin, tanak sikit pulut. Makan sedapppp. Pulut tu boleh buat Pulut Durian pulak. Lagi best...



RESEPI BUBUR BIJI DELIMA BERSAMA MANGGA


Bahan-bahan:

Santan pekat
Garam
Gula

Cara-cara Penyediaan:

Masak santan pekat cmpur secubit garam dan sedikit gula.. Dah mendidih, masukkan hirisan mangga masak.. Dah siap masak, masuk biji delima.

Bahan butir delima:

1 paket tepung ubi, dibahagi dua
sedikit pewarna merah

Mula2, ambil sedikit tepung ubi dan tabur atas papan pencanai.. Ambil sebahagian tepung ubi dan dibancuh dengan air secukupnya...Tuangkan ke atas papan pencanai yang telah ditabur tepung ubi tadi. Ratakan dan biarkan kering sedikit.. Bancuh satu bahagian lagi dan warnakan merah. Tuang ke atas lapisan putih. Biar kering dan mengeras. Setelah itu, bolehlah dipotong kecil2 dan direbus ke dalam air mendidih hingga kelihatan jernih. Toskan dan siram dibawah aliran air paip. Selepas itu, direndam ke dalam air sejuk. Apabila hendak menghidang, toska airnya dan masukkan ke dalam bubur tadi. Siap untuk disajikan.

nota : biji delima ni boleh dicampur dengan nangka, selasih, cendol dan lain2 untuk menghasilkan yang sedap..saya guna msngga, boleh dicampur gula merah dan santan..

Selamat mencuba.


BUBUR BIJI NANGKA


Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung beras -k.An letak agar kuih tidak terlalu kembang, tak letak pun tak apa
3/4 cawan air suam dicampur sedikit pewarna hijau
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh air kapur cair
4-5 biji nangka- dibuang biji dan gunting kecil-kecil
1 helai daun pandan- carik dan simpul

Untuk kuah:
2-3 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1 cawan pati santan

Cara membuatnya:
1 Masukkan tepung pulut, tepung beras, garam dan air kapur ke dalam mangkuk. Campurkan air beserta pewarna hijau sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut.
2. Ambil sedikit tepung, dan bentukkan menjadi bulat bujur seperti di dalam gambar. Susun di atas pinggan/ talam yang ditabur sedikit tepung. Buat hingga habis.
3. Didihkan 2-3 cawan air bersama daun pandan. Masukkan kuih yang siap tadi dan masak hingga timbul seperti memasak buah melaka.
4. Apabila masak kesemuanya, masukkan gula, nangka dan pati santan. Perlahankan api. Masukkan sedikit garam dan kacau hingga pengat mendidih sekali lagi. Matikan api dan sejukkan sebelum dihidang.


RESEPI BUBUR JAGUNG & SAGU 


BAHAN-BAHAN :
2 batang jagung manis
1/2 cawan sago
Gula melaka secukupnya
Gula pasir secukupnya
Santan kelapa secukupnya
1/4 sudu kecil garam - secukupnya
2 helai daun pandan

CARA MEMASAK :
Didihkan air dalam periuk sehingga mengelegak kemudian masukkan semua biji sago . Masak sampai sago kembang dan boleh la dimasukkan dalam bekas yang sesuai serta biarkan sampai sejuk .

Bersihkan semua jagung dan potong ambil biji jagung . Masukkan santan secukupnya , biji jagung , gula melaka , gula pasir secukupnya dan daun pandan ke dalam periuk yang sesuai . Masak sampai jagung empuk serta kuah bubur mendidih , kacau sekali-sekala dan boleh la dimasukkan sedikit garam untuk membangkitkan rasa lemak kuah bubur ni . Tambah lagi santan atau sedikit air jika kuah terlalu pekat .

Potong sago tadi menjadi bentuk empat segi dan masukkan dalam bubur , ikut pada kita nak masukkan berapa banyak ketulan sago ni ke dalam bubur . Kacau semua bahan-bahan dan rasa bubur ni jika masih kurang manis boleh la ditambah gula lagi . Biarkan bubur masak serta ketulan sago mesra dengan kuah dan sekali-sekala kacau bubur supaya semua bahan cukup mesra . Bila dah masak boleh la ditutup api dapur .

Selamat Mencuba!!

RESEPI BUBUR BARLI

===================

Bahan-bahan
● 100 gm barli
● 1 tin jagung manis buang airnya
● 1500 ml air
● 400ml santan
● 1 cawan gula
● 7 sudu makan sagu biji (basuh dan toskan )
● 2 helai daun pandan ( disimpul) Sedikit garam

Cara-cara
1. Basuh barli dan toskan. Rebus barli bersama air dan daun pandan sehingga kembang.

2. Apabila kembang masukkan jagung dan gula. Biar mendidih.

3. Masukkan pula santan , sagu dan garam.

4. Kacau sehingga ia mendidih dan angkat.

BUBUR CHA CHA BERSAGU


Bahan-Bahan:
100 gm bubur cha cha segera yang dlm pack kat kedai ada
1 keping gula melaka kalau tak ada boleh ganti dengan gula biasa
2 sudu besar gula
2 helai daun pandan simpul
1 liter air
segenggam sagu
sedikit garam

CARA_CARANYA:
1.Masukkan air,daun pandan dan bubur caca dalam periuk,masak sehingga mendidih
2.Masukkan santan,gula,gula melaka dan garam
3.Kacau sehingga lembut dan masukkan sagu
4.Bila dah lembut boleh angkat dan hidangkan..


Resepi Bubur Gandum


BAHAN-BAHAN:
500 gm gandum
1 liter santan
200 ml air
½ sudu teh garam
200 gm gula
2 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Masak gandum sehingga lembut. Toskan.
2. Selepas itu masukkan santan, air dan daun pandan. Masak sehingga mendidih.
3. Kemudian masukkan garam dan gula ke dalamnya. Biarkan sehingga ia larut.
4. Sedia untuk dihidangkan.
Gandum baik untuk menyejukkan badan.

Pengat Labu 

Bahan-Bahan:

Sebelah buah labu kuning dipotong dadu besar
gula merah -secukupnya
garam secukup rasa
santan (kalau nak kuah lebih, tambah lagi)
air -secukupnya
daun pandan -disimpul
sagu-rendam bagi kembang/lalukan bawah air paip (jika mahu tambah sagu)

Cara Memasak:

1. Masukkan labu dan air kedalam periuk dan masak sehingga labu hampir empuk.

2. Asingkan air dari labu yang separuh masak tadi. Masukkan santan, gula merah, garam, dan daun pandan. Didihkan hingga labu masak.

3. Masukkan sagu (jika mahu) dan kacau lagi hingga sagu jernih. Hidangkan.

Tips:

1. Kalau nak masak labu terus pun boleh, gunakan santan perahan kedua. Bila labu dah lembut baru masukkan pati santan dan bahan-bahan lain.

2. Pastikan santan tak pecah minyak. Selalu kacau.


PENGAT KELEDEK UNGU


Bahan (anggaran sahaja):-
500 gm. keledek ungu
1 1/2 cawan gula pasir (atau secukupnya)
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat (akak adjust guna santan kotak Kara)
secubit garam
2 helai daun pandan - disimpul
2 sudu besar sagu biji - dibasuh/lalukan di bawah air. (biar 10 minit)
air secukupnya untuk merebus keledek

Cara-Cara:-
Kupas keledek dan potong dadu kecil atau ikut suka besarnya. Basuh dan rebus hingga lembut (tapi jgn sampai lembik). Toskan (buang airnya agar pengat tidak terlalu hitam nanti).
Dalam periuk, masakkan gula, daun pandan dan santan cair dahulu hingga gula larut.
Masukkan keledek yang telah direbus tadi, masak sebentar hingga sedikit mendidih.
Masukkan santan pekat, garam dan sagu biji. Kacau sesekali dan masak sehingga sagu jernih dan kuah pengat agak pekat.
Tutup api dan sedia untuk dihidang sejuk atau panas.


Bubur som som pencuci mulut


Bahan bahannya
1 bungkus tepung Hun Kwee
1 cup tepung beras
2 kotak santan
200ml air
Garam secukupnya
Daun pandan ..
Satukan semua bahan ..masukan dalam periuk yg agak tebal ..dg api yg sederhana masakan adunan tadi hinga kental dan berkilat ..pastikan betul betul masak ..sejukkan dan boleh di hidang di makan dg air gula .. selamat mencuba :)

resepi dari pelbagai sumber

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari