pelbagai resepi dari pelbagai negara

KEPADA PEMINAT CHEESE...JOM MASAK BASQUE BURNT CHEESE CAKE

KEPADA PEMINAT CHEESE...JOM MASAK BASQUE BURNT CHEESE CAKE

Assalamualaikum. Jumuah mubarakah pada semua. Semoga hari ini kita mendapat rahmat yang mencurah curah serta kasih sayang dariNya.

Peminat cheese dah pernah makan BASQUE BURNT CHEESE CAKE ? Nak resepi ? Ini saya kongsikan resepi, versi saya. Doakan saya yang baik2. Kongsikan pada rakan2 yang lain ya. Moga bermanfaat.
Bahan dan cara2nya :
STEP 1
300g Cream Cheese
100g Gula Castor
( Pukul sebati sehingga tidak berketul ketul. )
STEP 2
175ml Whipping cream
( Di mangkuk lain pukul sehingga soft peak ya. Letak tepi. Boleh jugak pakai Heavy Cream )
STEP 3
2 biji Telur ( Gred B )
1tsp Esen Vanilla
7g Tepung cake/Superfine
( Masukkan 2 biji telur sebiji-sebiji. Kacau pakai Whisk je. Lepastu esen vanilla. Kemudian masukkan tepung cake. Kacau lagi pakai whisk je dah boleh )
STEP 4
Masukkan STEP 2. Gaul sebati.
STEP 5
Guna loyang 6 inci. Masukkan baking paper macam dalam gambar. Tak payah potong papernya. Biar dia menggerutu. Tuang adunan dalam loyang. ( betul ke tu istilah menggerutu ? 
Masa mula2 masuk oven

STEP 6
Bakar pada suhu 220°c 30-35 minit. Ikut oven masing2. Kalau oven power 20 minit pon dah siap. Saya oven biashe2 sahaja ðŸ˜Š. Dah bakar, keluarkan dah biarkan dia sejuk. Lepastu biarkan semalaman dalam peti sejuk. Esok dah boleh potong makan2 ya.


Selamat mencuba. Kalau dah buat boleh up kat komen sini.
* Kalau tak nak pukul whipping cream sampai soft peak pon boleh. Terus ke step 3. Lepas tu Masukkan sahaja whipping cream dalam adunan.
* gunakan snow powder & buah untuk hiasan.
* Cream Cheese saya pakai Anchor. Jadi kene keluarkan awal2. Kalau pakai Tatura boleh pukul terus.
* Saya jual RM40. Dekat KL org jual RM50-RM55.

kredit resepi
Mohamad Amirushah Mohamad Mokhtar

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari