pelbagai resepi dari pelbagai negara

RESEPI PULUT AYAM,JUADAH DARI UTARA

{RESEPI PULUT AYAM SEDAP DAN SANGAT MUDAH!!!}
Pulut ayam ni memang payah nak jumpa dikebanyakan negeri, ianya banyak dibelah utara, tapi jangan risau cara buat di mudah je, try la.. Share cepat!!!! Ok


Bahan-bahan ( 8orang )
1. 1 ekor ayam(L) - potong/cuci/tos
*garam +serbuk kunyit
*4 sudu besar rempah kari daging
*6 batang serai - ditumbuk halus
bhn* d perap brsama ayam 30 minit
2. 6 sudu besar tepung jagung
3. 1/2 cawan bijan
4. bawang merah - hiris nipis/goreng
5. sos cili thai maggi/mae pranom thai
6. daun pandan - carik2 @ gunting pendek2
7. 1 kg beras pulut - cuci/rendam
- kalu guna beras pulut susu (Thai) - rendam hanya 3-4 jam sahaja

Cara-cara
1. Kukus pulut bersama daun pandan, cam biasa(bleh letak gak daun pandan dalam air kukusan) - kukus 30 minit @ hingga masak.. 15 minit prtama buka periuk kukus & renjis2 dengan air masak pada prmukaan pulut, tutup smula periuk & kukus smula hingga masak

2. Ayam di perap brsama bahan* 30 minit, kmudian masukkan tepung jagung - gaul mesra di ikuti bijan, gaul lagi
Panaskn minyak + minyak goreng bawang tadi, goreng ayam cam biasa

3. Apabila semua dah ok, bleh lah menikmati pulut kukus brsama ayam goreng, bwg goreng & x lupa sos cili thai @ mae pranom thai

4. Biarkn lebihan/baki pulut dlm periuk kukus - sntiasa panas apabila perlu, apabila kerap d panaskn pulut semakin lembut

Siap! Dan boleh makan panas2! Sedap!!!

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari