pelbagai resepi dari pelbagai negara

Puding Cantik,Rasa Pun Enak....Puding Lapis Santan Pelangi

Puding Cantik,Rasa Pun Enak.... Lapis Santan Pelangi 

.
Bahan A:


10g agar-agar tali (rendam 1 jam)
3 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
Sedikit gula batu

Cara-cara:

1) Seperti biasa masak agar2 dgn air hingga larut agar2..masukkan gula & gula batu..kacau2 larutkan gula..tutup api

Bahan B:

10g agar-agar tali
2 cawan air
1 1/2 cawan santan pekat (akak guna santan kotak 200ml..2 kotak..yg satu kotak tu guna separuh/setengah)
1/2 cawan gula
1 helai daun pandan (simpul)
Secubit garam
Pewarna ikut suka

Cara-cara:

1) Masak agar2 dengan air hingga larut agar2..masukkan gula..kacau2 rata

2) Tuang santan (api sederhana) daun pandan & garam..sentiasa kacau..dah panas santannya..tutup api

3) Basahkan loyang/bekas kuih.. Nak tebal lapis dia..tuang 1 cawan adunan bahan B (warnakan)..nak nipis tuang 1/2 cawan..biarkan sederhana beku

4) Lapisan yang kedua..tuang adunan bahan A perlahan2 atas lapis yang pertama.. Untuk lapisan yang seterusnya buat cara yang sama sehingga selesai

5) Masukkan dalam peti sejuk 2 jam.. Selepas tu boleh potong ikut suka..sedia untuk dihidang ☺

Kredit: Zura Zul

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari