pelbagai resepi dari pelbagai negara

Puding batik enak rasanya

Puding batik enak rasanya

Resepinya
25gm agar - agar
1 tin susu cair*
4 1/2 cawan air
1 1/2 cawan* gula Nor kurangkan sikit sbb tak suka sgt terlalu manis.
2 sudu tepung kastard*
2 biji telur*
1 sudu butter*( Nor letak majerin je tapi tak sampai 1 sudu.
1/4 cawan serbuk koko
Cara - cara
Masak agar-agar dengan air hingga hancur dan masukkan gula.
Blend semua bahan bertanda *. Bila gula dah hancur masukkan bahan yg dah di blend tadi. Kacau adunan hingga menjadi pekat dan tutup api.
Asingkan pada 2 bhgian. 1 bahagian warna asal. Dan 2 bhgian dicampurkan dengan serbuk coklat yg dah di bancuh dgn sedikit air panas( air jgn terlalu byk. Fungsi air adalah untuk mencairkan serbuk coklat).
Tuang didalam loyang berselang seli. Nor tuang 2 senduk untuk 1 warna.
Letak dalam peti sejuk. Siap
Kredit Resepi : nur sazzeny arif

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari