pelbagai resepi dari pelbagai negara

Jom Buat Aiskrim Lime Pulak

Jom Buat Aiskrim Lime Pulak
Ok kali ni kita buat ice cream pulak.. teknik lebih kurang sama cuma perasa kita tukar ikut selera memasing.. ok?

Admin suke lime or limau nipis ni sebab dia sangat refreshing.. chewaahh.. jom jom try!
Lime Ice Cream
BAHAN-BAHAN
Jus dari 6 biji limau
2 sudu mentega
2 biji telur
1 cawan gula
2 cawan cream
Zest dari 2 biji limau
ARAHAN
Teknik double boiler, gabungkan jus, mentega, telur, dan gula. Kacau sehingga campuran memekat, kemudian sejukkan..
Dalam mangkuk, pukul krim sehingga ringan dan bertanduk.. Masukkan campuran jus limau dan zest tadi.. dan kacau sebati
Tuangkan ke dalam bekas dan letakkan di peti sejuk beku selama 6 jam.
Keluarkan dari peti sejuk, sudu, dan nikmatilah!
Senang sangat kan kan?
kredit: Resepi Memikat Suam

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari