pelbagai resepi dari pelbagai negara

CUCUR BADAK MACAM MAK BUAT..

CUCUR BADAK MACAM MAK BUAT..

Bahan2nya
1 kg ubi keledek oren yang dah direbus dah empuk toskan biarkan sejuk(dah rebus baru timbang yer)
2 cawan tepung naik sendiri(self-raising)
Sedikit garam
Caranya..
Lenyek ubi hingga hancur(sy guna anak lesung batu)...masukkan garam dan tepung naik sendiri..uli hingga jadi doh..pastu timbang..sy timbang 30g..masukkan inti serunding kelapa...bulat2kan dan leperkan sedikit..goreng dlm minyak sederhana perlahan hingga garing..toskan...jika nak buat frozen..goreng separuh masak...
Serunding Kelapa
1 1/2 biji kelapa parut
3 sdb gula(ikut hampa suka manis tera mana)
1 sdt garam(membukit)
1/4 cawan air asam jawa
Bahan perasa jika perlu
4@5 helai daun limau purut(nak bagi wangi ja)
1 cawan air
2 senduk minyak masak untuk menumis
Bahan kisar
15 tangkai cili kering(x suka pedas sila kurangkan)
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 sdb biji ketumbar
4 batang serai
4 sdb udang geragau kering
Kisar semua bahan ini hingga halus
pastu masukkan pula..
2 sdb jintan manis(kisar jangan sampai halus)kalo jintan ni tumbuk guna lesung batu lg best..xmo halus sbb bila kita makan inti tu tergigit2 rasa jintan tu yg buat sedap..
Caranya
Panaskan minyak..tumis bahan kisar,masukkan gula,garam dan daun limau purut..tumis sampai betoi2 naik minyak dan garing..masukkan air dan kelapa parut..guna api perlahan masak hingga serunding kering..sesuaikan rasa..
Silakan Share..

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari