pelbagai resepi dari pelbagai negara

Tart Nenas Gulung 3 Bahan Sahaja!!!..Di Bakar Tanpa Oven!!

Tart Nenas Gulung 3 Bahan Sahaja!!!..Di Bakar Tanpa Oven!!

bahan2:
Tepung
Butter/margerin
Jem nenas
Bahan tepung dan butter/margarine nya pula senang nak Ingat sebab sukatan sama banyak.
Tak percaya boleh buat tart gula guna tiga bahan saja?...hah..try la dik. Buat pun senang macam buat cucur kodok pisang.
Resepi tart ni sangat sesuai dengan zaman sekarang ni yang semua bahan buat kek/biskut naik meroket!
A:
250 gm butter/margarine (1 cawan paras)
250 gm tepung gandum (anggaran 2 1/4 cawan)
B:
Inti nenas secukupnya
Cara
1. Sebatikan bahan A guna seduk kayu sahaja sehingga kedua dua bahan sebati. Sekadar sebati sahaja. Tak jadi perlu kembang.
Adunan memang lembut dan melekat di jari.
2. Masukkan ke dalam acuan tart dan paip memanjang. Potong anggaran 2 inci panjang.
Saya menggunakan cutter khas*.
3. Letakkan inti jem nenas yang telah digentel memanjang. Berat anggaran 6 gram setiap biji.
4. Gulung kemas. Sapu dengan telur kuning kalau nak. Kalau tak nak pun tak pa.
5. Bakar pada suhu 140 darjah selama 25 hingga 30 minit.
Jangan tak tahu tanpa oven pun boleh juga masak
Letak pelapik besi macam nie..baru letak loyang kuih..tak  yah letak pasir x yah letak air..hanya letak pelapik besi tu saja..okey.

Ejas api paling kecik..api yang atas ye..bukan yang bwah..sebelum bakar..panas kan kuali@periuk lebih kurang 10 minnit ye..masa bakar ikot jenis2 kuih.


Tak cantik tak pe..yang penting rasa..
SELAMAT MENCUBA SEMUAAAA
NOTA:
1. Saya guna butter Anchor salted
2. Tepung cap bunga Ros
3. Inti nenas saya beli di kedai jual bahan bakery. Minta jem nenas THAI GRED A. Anggaran RM10 Sekilo.
4. Satu adunan akan menghasilkan anggaran 42 biji tart gulung.
Kredit Resepi dan foto : zalina yahaya

2 comments:

@hayatishaari