pelbagai resepi dari pelbagai negara

RESEPI KEK BUAH KUKUS ENAK DIMAKAN

RESEPI KEK BUAH KUKUS ENAK DIMAKAN

Bahan-bahan
- 250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
- 350g gula pasir
- 60ml air panas
- 500g buah-buahan campuran - hana guna sultana dicampur dgn sedikit mix fruits
- 3 biji telur gred A
- 350g tepung gandum*
- 1 sudu kecil cream of tartar*
- 2 sudu kecil soda bicarbonat* - hana letak 1 setengah je
- 1 sudu kecil serbuk buah pala/netmug* - hana x letak sbb xde stok
- 1 sudu besar susu pekat
- 1 sudu besar sunquik
- 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara
Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran dan juga susu pekat dan sunquik. Kacau kemudian sejukkan.
Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.
Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh dikukus 2 jam shj)
Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).
Rujukan : kak.sheila.

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari