pelbagai resepi dari pelbagai negara

ROTI PIZZA CHEESE LELEH.SEDAP YAKMAT

ROTI PIZZA CHEESE LELEH
=======================

Anak-anak Siti sukaaaa sangat makan Roti Pizza ni. Makan panas-panas memaaang sedap. Nak buat pun senang. Jom tengok ape bahan dia.
Bahan-bahannya :
Roti Gardenia
Cheddar & Mozzarella cheese
Sosej (dicelur & dihiris nipis)
Cendawan butang (dicelur & dihiris)
Sos spaghetti (kalau takde sos cili pun boleh)
Bawang holland (dipotong halus)
Lada Benggala (dipotong ikut suka. Siti potong tak halus sangat.)
Oregano
Black pepper
Cara-caranya:
1. Sapu roti dengan sos spaghetti, lepas tu letak semua bahan-bahan yang dah dipotong tadi. Ikut suka korang la nak susun camne.
2. Dah siap susun semua, barulah letak keju diatasnya dan bakar dengan pemanggang ajaib. Gunakan api sederhana. Nak guna oven pun boleh.
3. Bila keju dah meleleh tu angkat dan makan panas-panas. Yummyyy! Sedap yakmatt. ðŸ˜‹

Kredit Resepi : siti maryam zin

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari