pelbagai resepi dari pelbagai negara

Puding Karamel Mudah Tanpa Telur

Puding Karamel Mudah Tanpa Telur



Lagi koleksi resepi puding yang admin suka nak cuba..makan sejuk2 lah saat yang terbaik pd admin .akak2 lak?
Bahan-bahan :

Bahan-Bahan A (Gula Hangus)
4 sudu besar gula pasir

Bahan-Bahan B (Puding)
1 paket agar-agar serbuk 10g
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
3sb tepung kastard
1 sk esen vanilla

Cara

buat gula hangus seperti biasa. Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil masak hingga gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang.Kemudian ketepikan.

Satukan semua bahan B. Kacau atas api. Adunan mesti dikacau selalu supaya tepung kastad akan bergentel dengan mudah.

Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat.Tutup api, tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.

Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam esbok sehingga puding mengeras. Terbalikkan puding dan bolehlah dihidang.^^

Loyang 4 segi 9x9in

kredit resepi:
Nor Idayu

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari