pelbagai resepi dari pelbagai negara

Nasi Serai dan Daging Masak Palembang..... Serius sedap.

Nasi Serai dan Daging Masak Palembang..... Serius  sedap. 
Mari saya kongsikan resipinya. 
Bahan-bahannya....
4 cawan beras basmathi

6 cawan air
1 kiub pati ayam
5 batang serai dititik
2 helai daun pandan disimpul
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih ditumbuk
1 camca kecil garam
3 sudu minyak masak / 3 sudu minyak sapi.
Cara memasak
1. Panaskan minyak masak / minyak sapi dlm periuk.
2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
3. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.
4. Masukkan serai dan masukkan air dan masukkan kiub pati ayam.
5. Masukkan 1 camca kecil garam. Masukkan beras yang telah dibasuh.
6. Masukkan daun pandan yang di simpul.
7. Masak dlm rice cooker hingga masak.
Bila memasak nasi serai ni memang wangi satu rumah. Cubalah....bila makan pun bau wangi dan rasa yang sedap.
P/s.... Nasi ni boleh di makan dengan Daging/ayam masak palembang, ayam masak merah, kari ayam/daging/ kambing, rendang ayam/daging.

DAGING MASAK PALEMBANG

Bahan-bahan:
700 gram daging – potong lebar dan nipis
2 batang serai – dititik
500ml santan pekat - (boleh gantikan dengan kerisik)
1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang (Habhals)
minyak

Bahan kisar:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering

Rempah penumis
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Cara Penyediaan

1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.

2. Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.

3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.

4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat.

P/S: Jika tidak mahu masukkan santan, dan rajin buat kerisik, eloklah masukkan kerisik atau boleh masukkan santan dan sedikit kerisik.


Selamat mencuba. ðŸ˜‰
Kredit Resepi : Roshima Ibrahim Shima

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari