pelbagai resepi dari pelbagai negara

Juadah lazat... RESEPI RENDANG DAGING HITAM MANIS

Rendang daging hitam manis ni sesuai dihidangkan bersama ketupat palas, lemang dan juga nasi minyak .... jom cuba resepi mudah ni
Juadah lazat lagi berkat
RESEPI RENDANG DAGING HITAM MANIS


Bahan-bahan :
2 kg daging lembu - dipotong ketulan besar
3 senduk cili kering kisar
3-4 helai daun kunyit diracik halus
3 keping asam keping / gelugur
3-4 cawan santan pekat
3 sudu besar kerisik
1/2 cawan kicap pekat manis Jalen - atau lebih jika perlu
Garam jika perlu (sebab dah guna kicap)

Bahan kisar (dikisar dengan sedikit air)
3-4 inci lengkuas
5 batang serai
3-4 inci halia
3 ulas bawang besar
4 ulas bawang putih


Bahan tumis :
2 batang kulit kayu manis
4 biji pelaga
5-6 biji cengkih
4 biji bunga lawang
7 ulas bawang merah dihiris nipis
3-4 sudu minyak

Cara :
Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga naik wanginya. Masukkan bahan kisar dan juga cili kering kisar. Masak seketika.
Masukkan daging dan kicap dan masak sehingga daging kecut dan sedikit lembut.
Masukkan santan dan masak lagi sehingga kuah pekat dan daging lembut dan empuk.
Akhir sekali masukkan daun kunyit yang dan kerisik. Kacau rata dan masak seketika boleh la diangkat.
Terima kasih kerana sudi mencuba resepi rendang daging hitam manis ni ye 
Perkongsian resepi Erny Yusnizar Abdullah. Tq

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari